Ali bin Abi Talib r.a. berkata, “Sewaktu
Rasullullah SAW duduk bersama para sahabat Muhajirin dan Ansar, maka
dengan tiba-tiba datanglah satu rombongan orang-orang Yahudi lalu
berkata, ‘Ya Muhammad, kami hendak bertanya
kepada kamu kalimat-kalimat yang telah diberikan oleh Allah kepada Nabi
Musa A.S. yang tidak diberikan kecuali kepada para Nabi utusan Allah
atau malaikat muqarrab.’
Lalu Rasullullah SAW bersabda, ‘Silahkan bertanya.’
Berkata orang Yahudi, ‘Coba terangkan kepada kami tentang 5 waktu yang diwajibkan oleh Allah ke atas umatmu.’
Sabda
Rasullullah saw, ‘Shalat Zuhur jika tergelincir matahari, maka
bertasbihlah segala sesuatu kepada Tuhannya. Shalat Asar itu ialah saat
ketika Nabi Adam a.s. memakan buah khuldi. Shalat Maghrib itu adalah
saat Allah menerima taubat Nabi Adam a.s. Maka setiap mukmin yang
bershalat Maghrib dengan ikhlas dan kemudian dia berdoa meminta sesuatu
pada Allah maka pasti Allah akan mengkabulkan permintaannya. Shalat
Isyak itu ialah shalat yang dikerjakan oleh para Rasul sebelumku. Shalat
Subuh adalah sebelum terbit matahari. Ini kerana apabila matahari
terbit, terbitnya di antara dua tanduk syaitan dan di situ sujudnya
setiap orang kafir.’
Setelah orang
Yahudi mendengar penjelasan dari Rasullullah saw, lalu mereka berkata,
‘Memang benar apa yang kamu katakan itu Muhammad. Katakanlah kepada kami
apakah pahala yang akan diperoleh oleh orang yang shalat.’
Rasullullah SAW bersabda, ‘Jagalah waktu-waktu shalat terutama shalat yang pertengahan. Shalat Zuhur,
pada saat itu nyalanya neraka Jahanam. Orang-orang mukmin yang
mengerjakan shalat pada ketika itu akan diharamkan ke atasnya uap api
neraka Jahanam pada hari Kiamat.’
Sabda Rasullullah saw lagi, ‘Manakala shalat Asar,
adalah saat di mana Nabi Adam a.s. memakan buah khuldi. Orang-orang
mukmin yang mengerjakan shalat Asar akan diampunkan dosanya seperti bayi
yang baru lahir.’
Selepas itu Rasullullah saw membaca ayat yang bermaksud, ‘Jagalah waktu-waktu shalat terutama sekali shalat yang pertengahan. Shalat Maghrib
itu adalah saat di mana taubat Nabi Adam a.s. diterima. Seorang mukmin
yang ikhlas mengerjakan shalat Maghrib kemudian meminta sesuatu daripada
Allah, maka Allah akan perkenankan.’
Sabda Rasullullah saw, ‘Shalat Isya’ (atamah).
Katakan kubur itu adalah sangat gelap dan begitu juga pada hari Kiamat,
maka seorang mukmin yang berjalan dalam malam yang gelap untuk pergi
menunaikan shalat Isyak berjamaah, Allah S.W.T haramkan dirinya daripada
terkena nyala api neraka dan diberikan kepadanya cahaya untuk
menyeberangi Titian Sirath.’
Sabda Rasullullah saw seterusnya, ‘Shalat Subuh
pula, seseorang mukmin yang mengerjakan shalat Subuh selama 40 hari
secara berjamaah, diberikan kepadanya oleh Allah S.W.T dua kebebasan
yaitu:
1. Dibebaskan daripada api neraka.
2. Dibebaskan dari nifaq.
Setelah
orang Yahudi mendengar penjelasan daripada Rasullullah saw, maka mereka
berkata, ‘Memang benarlah apa yang kamu katakan itu wahai Muhammad
(saw). Kini katakan pula kepada kami semua, kenapakah Allah S.W.T
mewajibkan puasa 30 hari ke atas umatmu?’
Sabda
Rasullullah saw, ‘Ketika Nabi Adam memakan buah pohon khuldi yang
dilarang, lalu makanan itu tersangkut dalam perut Nabi Adam a.s. selama
30 hari. Kemudian Allah S.W.T mewajibkan ke atas keturunan Adam a.s.
berlapar selama 30 hari.
Sementara diizin makan di waktu malam itu adalah sebagai kurnia Allah S.W.T kepada makhluk-Nya.’
Kata
orang Yahudi lagi, ‘Wahai Muhammad, memang benarlah apa yang kamu
katakan itu. Kini terangkan kepada kami mengenai ganjaran pahala yang
diperolehi daripada berpuasa itu.’
Sabda Rasullullah saw,
‘Seorang hamba yang berpuasa dalam bulan Ramadhan dengan ikhlas kepada
Allah S.W.T, dia akan diberikan oleh Allah S.W.T 7 perkara:
1. Akan dicairkan daging haram yang tumbuh dari badannya (daging yang tumbuh daripada makanan yang haram).
2. Rahmat Allah sentiasa dekat dengannya.
3. Diberi oleh Allah sebaik-baik amal.
4. Dijauhkan daripada merasa lapar dan dahaga.
5. Diringankan baginya siksa kubur (siksa yang amat mengerikan).
6. Diberikan cahaya oleh Allah S.W.T pada hari Kiamat untuk menyeberang Titian Sirath.
7. Allah S.W.T akan memberinya kemudian di syurga.’
Kata orang Yahudi, ‘Benar apa yang kamu katakan itu Muhammad. Katakan kepada kami kelebihanmu di antara semua para nabi.’
Sabda
Rasullullah saw, ‘Seorang nabi menggunakan doa mustajabnya untuk
membinasakan umatnya, tetapi saya tetap menyimpankan doa saya (untuk
saya gunakan memberi syafaat kepada umat saya di hari kiamat).’
Kata
orang Yahudi, ‘Benar apa yang kamu katakan itu Muhammad. Kini kami
mengakui dengan ucapan Asyhadu Alla illaha illallah, wa annaka
Rasulullah (kami percaya bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan engkau
utusan Allah).’
Sedikit peringatan untuk kita semua: “Dan
sesungguhnya akan Kami berikan cobaan kepadamu, dengan sedikit
ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan
berilah berita gembira kepada orang-orang yang sabar.” (Surah
Al-Baqarah: ayat 155)
“Allah tidak membebani seseorang melainkan
sesuai dengan kesanggupannya. Ia mendapat pahala (dari kebajikan) yang
diusahakannya dan ia mendapat siksa (dari kejahatan) yang
dikerjakannya.” (Surah Al-Baqarah: ayat 286)
(Sumber : Edi S. Kurniawan, Muhammad Haryadi, e-mail : Riyadi_albatawy@yahoo.co.id)
Langganan:
Posting Komentar (Atom)
Tidak ada komentar: